Pages

Friday, 30 December 2011

MADU KAUSAR

Madu Kausar adalah madu asli tulen yang dikeluarkan dan dibotolkan melalui proses yang minima tanpa penapisan serta menepati piawaian antarabangsa.Ia telah disahkan oleh pihak organisasi Piawaian Iran, EU dan Piawaian USA.Telah diuji oleh UNIPEC. 

Madu Kausar terdiri daripada Kausar Hijau (bersarang dan tanpa sarang), Kausar Merah (bersarang dan tanpa sarang), dan Kausar Emas (bersarang dan tanpa sarang). Ia didatangkan dalam 2 saiz iaitu 910g (botol besar) dan 410g (botol kecil).

Semua madu asli ini mempunyai pelbagai kelebihan dan mempunyai pelbagai khasiat bergantung kepada jenis bunga dan nectar yang dihisap oleh lebah tersebut.

Add caption


 Madu Kausar Emas

Kausar Emas dikumpulkan dari bunga THYME liar di pergunungan
Sabalan ( Azerbaijan, Iran). Ia mengandungi antioxidant yang lebih tinggi
dari madu biasa. Antioxidant diperlukan untuk mencegah penyakit jantung
kerana ia melambatkan proses pengoksidaan yang menyebabkan pengumpulan
kolestrol dalam saluran darah serta mencegah daripada kerosakan sel.

Sesuai untuk mencegah penyakit kanser, penyakit jantung, dan kencing manis.

Madu Kausar Hijau

Kausar Hijau adalah madu dari bunga tanaman dan pucuk daun musim bunga
yang dapat memberi kesegaran kepada kulit. Ia dapat membantu menambah
stamina dan tenaga untuk anda melakukan kerja dan juga aktiviti sukan.


Sesuai untuk para pelajar (meningkatkan keupayaan mental dan fizikal),
ahli sukan, meningkatkan tenaga akibat penyakit atau kelesuan, serta
sesuai untuk penjagaan kulit.




Madu Kausar Emas

Kausar Emas dikumpulkan dari bunga THYME liar di pergunungan
Sabalan ( Azerbaijan, Iran). Ia mengandungi antioxidant yang lebih tinggi
dari madu biasa. Antioxidant diperlukan untuk mencegah penyakit jantung
kerana ia melambatkan proses pengoksidaan yang menyebabkan pengumpulan
kolestrol dalam saluran darah serta mencegah daripada kerosakan sel.

Sesuai untuk mencegah penyakit kanser, penyakit jantung, dan kencing manis.


Didatangkan dalam 2 saiz (410g dan 910g)





Monday, 1 August 2011

PROGRAM PEMUTIHAN PATI (6P)

Program pemutihan PATI akan bermula pada hari ini 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 sehingga 31 Ogos 2011. Hari ini telah bermula Program Pemutihan PATI. Untuk hari ini saya akan ke Batu Pahat untuk menguruskan pendaftaran PATI bagi negeri Johor. Esok pula saya akan ke Taman Rinting, Johor Baharu untuk menguruskan pendaftaran di sana pula. Bagi masa yang singkat ini, PATI perlu didaftarkan dengan segera untuk mengelakkan sebarang tangkapan ke atas mereka. Selepas pendaftaran ini, PATI boleh duduk sahaja atau bekerja di Malaysia dalam tempoh 6 bulan. Selepas itu PATI perlu balik ke negara asal mereka atau boleh meneruskan bekerja di sini tetapi perlu membuat permit terlebih dahulu selepas tempoh 6 bulan tamat. Bagi majikan-majikan yang mempunyai pekerja asing atau PATI yang ingin mendaftar di bawah Syarikat Bawah Bayu boleh hubungi saya untuk pendaftaran.  Pendaftaran perlu disegerakan kerana untuk mengisi kekosongan kuota yang telah disediakan. Bagi kawasan Johor Baharu dan Melaka boleh hubungi saya En Hairil 0177065930.



 Mudah-mudahan dipermudahkan urusan saya untuk menjayakan Program pemutihan ini. Amin...

Thursday, 28 July 2011

Ganjaran Puasa Ramadhan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”

 
Riwayat Bukhari & Muslim

 

Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.
ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.
iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.
iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.
v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa:
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala

Lafaz niat puasa (harian)

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

 

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.